GURU PENDIDIKAN ISLAM
4 SEKAWAN @ ILTIM BUKIT KELUANG
.....

Tuesday, 27 September 2016
Monday, 26 September 2016
Bacaan Doa Solat Sunat Dhuha
Semoga memberi manfaat kepada kita semua.
Mudah-mudahan rezeki yang kita dapat adalah dari sumber yang halal lagi bersih
Hukum nun mati dan tanwin
Bismillah.. mungkin ramai yang dah hafal dan mahir dengan ilmu tajwid yang ni.. saya tak termasuk dalam golongan itu.. so kenalah selalu belajar dan belajar lagi dan lagi sampai sempurna ilmu tajwid di dada.. k..
Dulu masa sekolah hukum ni la asas yang dipelajari.. almaklumlah kite produk sekolah kebangsaan bukannya aliran ugama Islam..
Contoh : ayat di atas merupakan ayat dari surah Al-Baqarah ayat 145), cuba anda perhatikan hukum nun mati dan tanwin bila berjumpa dengan salah satu huruf hijaiyah hukum2nya adalah: huruf yang diberi warna (merah ~ izhar halqi), (hijau ~ idgham), ( biru ~ ikhfa haqiqi), ( ungu ~ iqlab).
Bismillah.. mungkin ramai yang dah hafal dan mahir dengan ilmu tajwid yang ni.. saya tak termasuk dalam golongan itu.. so kenalah selalu belajar dan belajar lagi dan lagi sampai sempurna ilmu tajwid di dada.. k..
Dulu masa sekolah hukum ni la asas yang dipelajari.. almaklumlah kite produk sekolah kebangsaan bukannya aliran ugama Islam..
Contoh : ayat di atas merupakan ayat dari surah Al-Baqarah ayat 145), cuba anda perhatikan hukum nun mati dan tanwin bila berjumpa dengan salah satu huruf hijaiyah hukum2nya adalah: huruf yang diberi warna (merah ~ izhar halqi), (hijau ~ idgham), ( biru ~ ikhfa haqiqi), ( ungu ~ iqlab).
makhraj huruf
1. MAKHRAJ HURUF
Boleh dikatakan semua definisi yang diberikan oleh ‘Ulama kepada
perkataan Tajweed dan Tartil dikaitkan dengan ketepatan menyebut Makhraj Huruf.
Ini adalah kerana ketepatan menyebut kalimah-kalimah AlQuran dan ketepatan
mengikuti hukum-hukum Tajweed serta ketetapan sesetengah Hukum bergantung
sebahagian besarnya kepada ketepatan mengeluarkan huruf-huruf tersebut dari
Makhrajnya. Maka adalah sangat perlu diperincikan anggota-anggota yang terlibat
bagi menyebut huruf-huruf tersebut serta pergerakannya, dan adalah sangat
tidak memadai dengan hanya menyebut secara umum Dasar Ucapannya sahaja seperti
Halqum, Lidah, Bibir dan sebagainya. Kadang kala kesilapan tidak menyebut
secara detail anggota-anggota yang terlibat mengakibatkan seseorang itu
mereka-reka sendiri cara menyebutnya.
Makhraj Huruf tidak akan memberi apa-apa erti sekiranya tidak disertakan
dengan Nafas atau Suara, kerana yang menghasilkan Bunyi adalah Suara atau Nafas
yang bergeseran dengan Makhraj yang disempitkan. Oleh itu apabila disebut
Makhraj mestilah juga difahami bahawa mengalir bersamanya Nafas atau pun Suara.
CATATAN :
a.
Perlu diingat bahawa AlQuran diturunkan dengan tidak ada Hukum Tajweed.
Namun bunyinya penuh dengan Tajweed dan Tartil. Apabila Islam semakin
berkembang hingga sampai ke bumi bukan ‘Arab, maka sebutan yang dilakukan
oleh Pembaca bukan ‘Arab tidak lagi setepat bunyi asalnya. Hal ini mendorong
‘Ulama untuk membuat panduan bacaan yang setepat-tepatnya dan menamakannya
‘Ilmu Tajweed. Oleh kerana Hukum-Hukum Tajweed yang bertulis tidak sama dengan
Suara dan Bunyi yang membacanya, maka sudah tentu terdapat kemungkinan bahawa
generasi kemudian tidak membaca setepat generasi terdahulu kerana bergantung
dengan Hukum-Hukum Tajweed yang ditulis kemudian. Sekali lagi perlu difahami
bahawa Hukum-Hukum Tajweed ditulis berdasarkan bacaan yang tepat, bukan
sebaliknya sebagaimana yang difahami pada masa ini, iaitu bacaan mengikut
Hukum.
b.
Orang yang pertama yang dikatakan menulis berkenaan 'Ilmu Tajweed adalah
Abu Mazahim Musa bin ‘Abdullah AlKhaqani11 (mengikut catatan
AlJazari) yang meninggal pada tahun 325 hijrah. Beliau menulis dalam bentuk
Matn sebanyak lima puluh satu (51) Bayt. Dalam Bayt-Bayt tersebut beliau
menyebut nama-nama Imam-Imam Qiraat Tujuh (sebagaimana juga Abu Bakr bin
Mujahid, meninggal 324 hijrah, melalui Kitabnya bernama KitabusSab‘ah yang
dikatakan sebagai orang yang pertama menghadkan Qiraat kepada Tujuh). Selain
dari itu beliau hanya menyebut Tajuk-Tajuk sahaja yang dibincangkan dalam 'Ilmu
Tajweed , seperti Lahn, Makhraj, Tafkhim dan menyebut beberapa Sifat Huruf
tanpa sebarang penjelasan dan perincian. Selepas itu saya tidak bertemu atau
terbaca mana-mana Kitab khusus berkenaan ‘Ilmu Tajweed sehinggalah munculnya
kitab ArRi‘ayah karangan Abu Muhammad Makki bin Abi Talib AlQaysi (meninggal
437 hijrah). Maka Kitab ArRi‘ayah ini bolehlah dianggap sebagai kitab yang
pertama dalam ‘Ilmu Tajweed yang lengkap, merangkumi semua Tajuk-Tajuk
berkaitan pembacaan AlQuran.
1.1 JENIS MAKHRAJ
Saya suka mengambil pendapat yang membahagikan Huruf-Huruf ‘Arab
kepada dua jenis Makhraj iaitulah MAKHRAJ
MUQADDAR DAN MAKHRAJ MUHAQQAQ12.
A. MAKHRAJ MUQADDAR
Muqaddar adalah perkadaran iaitu yang boleh disukat samada banyak atau sedikit dan samada panjang atau pendek. Sebenarnya Makhraj Muqaddar bukanlah tempat keluar Huruf, tetapi lebih tepat jika disebut tempat lalu Huruf.
Terdapat dua Makhraj Muqaddar :
1.
Rongga Mulut
·
Rongga Mulut ialah semua ruangan bahagian dalam Mulut di bawah
Langit-Langit
·
Tempat lalu mad
·
Huruf-Huruf yang berfungsi
sebagai Mad digelar Jawfiyyah
(Keronggaan) atau Hawaiyyah
(Keanginan) oleh Abu ‘AbdurRahman AlKhalil bin Ahmad AlFarahidi13
(meninggal 175 hijrah)
2.
Rongga Hidung
·
Rongga bahagian atas langit-langit
·
tempat lalu Suara Ghunnah (Dengung)
B.
MAKHRAJ MUHAQQAQ
Makhraj Muhaqqaq ialah tempat keluar Huruf yang Sahih. Oleh kerana Huruf Alif selama-lamanya tidak menerima Baris, maka ia selama-lamanya dikategorikan sebagai Huruf tidak sahih. Oleh itu hanya terdapat dua puluh lapan Huruf Sahih, dan dua puluh lapan Huruf inilah yang akan dibincangkan dalam bab Makhraj Huruf secara detail.
Makhraj Muhaqqaq ialah tempat keluar Huruf yang Sahih. Oleh kerana Huruf Alif selama-lamanya tidak menerima Baris, maka ia selama-lamanya dikategorikan sebagai Huruf tidak sahih. Oleh itu hanya terdapat dua puluh lapan Huruf Sahih, dan dua puluh lapan Huruf inilah yang akan dibincangkan dalam bab Makhraj Huruf secara detail.
1.2 BILANGAN MAKHRAJ
‘Ulama tidak sependapat dalam menyebut bilangan Makhraj Huruf. Saya tidak bercadang menyebut secara detail pandangan-pandangan tersebut kerana saya berpandangan kekhilafan yang wujud antara mereka bukan pada perkara Usul. Malah sedikit pun tidak menjejaskan bacaan samada bagi yang berpandangan Makhraj itu bilangannya enam belas (seperti pandangan Abu Basyar 'Amru bin 'Uthman bin Qanbar yang dikenali dengan nama masyhurnya Sibawayh yang meninggal 180 hijrah, dan pengikut-pengikutnya), atau yang mengatakan Makhraj jumlahnya tujuh belas (seperti AlJazari dan pengikut-pengikutnya). Saya sangat tidak bersetuju dengan sesetengah pendapat yang menyebut secara tegas bahawa bilangan Makhraj adalah tujuh belas, atau enam belas atau empat belas atau sebanyak mana sekali pun kerana dengan mengatakan sedemikian seolah-olah ianya sesuatu yang diIjma’kan sedangkan ianya tidak disepakati ‘Ulama'.
Dengan mengambil kira pandangan-pandangan berkenaan Makhraj Huruf, saya rumuskan kepada lima jenis khilaf :
1.
Samada Huruf-Huruf Mad mempunyai makhraj tersendiri atau bersama-sama
dengan Huruf Hijaiyyah yang sama dengannya
·
Antaranya Imam Syatibi14 dan IbnulFahham15
berpendapat Huruf ا bersama Makhraj Huruf ء,
Huruf ي Mad bersama Huruf ي Hijaiyyah dan Huruf و Mad bersama Makhraj Huruf و
Hijaiyyah.
Saya telah menyatakan pendirian saya
iaitu Huruf-Huruf Mad berMakhraj Muqaddar. Huruf Mad tidak ada tempat keluar
tetapi hanya tempat lalu.
2.
Samada Huruf-Huruf ل
, ن dan ر berada pada makhraj yang sama atau
berasingan
·
Ada dua pandangan pula bagi yang mengatakan Huruf-Huruf Zalaqiyyah (gelaran ini diberi oleh
AlKhalil untuk Huruf-Huruf ل , ن dan ر) berada pada
Makhraj yang berasingan :
2.1 pandangan
mengatakan sememangnya Hujung Lidah menyentuh tempat berlainan pada Gusi Atas
tetapi kedudukannya terlalu dekat
2.2 pandangan
mengatakan Hujung Lidah menyentuh bahagian yang sama pada Gusi Atas tetapi bagi
Huruf ر, yang menyentuh Gusi adalah Bahagian Atas Hujung Lidah, bagi
Huruf ن, Bahagian Petengahan Hujung Lidah dan bagi Huruf ل,
Bahagian Bawah Hujung Lidah yang menyentuh Gusi
2.3 Saya tidak
memasukkan pandangan yang mengatakan Makhraj Huruf ل
berlainan terus dari Makhraj ن
dan ر
kerana pandangan ini agak terasing
Bagi Khilaf Kedua ini saya bersetuju dengan pandangan Abu Zakaria Yahya bin Ziyad AlFara' (meninggal 207 hijrah) dan mereka yang sependapat dengannya iaitu Huruf-Huruf ل, ن dan ر adalah berhimpun pada satu makhraj yang sama.
Bagi Khilaf Kedua ini saya bersetuju dengan pandangan Abu Zakaria Yahya bin Ziyad AlFara' (meninggal 207 hijrah) dan mereka yang sependapat dengannya iaitu Huruf-Huruf ل, ن dan ر adalah berhimpun pada satu makhraj yang sama.
3.
Kedudukan Huruf-Huruf Asaliyyah
(gelaran yang diberikan oleh AlKhalil) iaitulah
ص, س dan ز; samada Hujung
Lidah terletak antara Gigi Atas dan Gigi Bawah (Hujung Gigi Bawah) atau
menyentuh Papan Gigi Bawah atau Umbi Gigi Bawah
·
Berkenaan dengan Khilaf ini, saya berpendapat Hujung Lidah menyentuh
Gigi Bawah Hadapan sebagaimana pandangan AbulQasim ‘AbdurRahman bin ‘Atiq
IbnulFahham AsSuqli (meninggal 516 hijrah) dalam Kitabnya AtTajrid, ketika membincangkan Makhraj Huruf-Huruf Asaliyyah.
·
Oleh kerana Hujung Lidah adalah organ yang lembut, maka ia akan melebar
apabila ditekan pada gigi. Keadaan ini menyebabkan Hujung Lidah menyentuh juga
Papan Gigi Bawah sehingga ke Hujung Gigi Bawah. Ini bererti tidak ada bezanya
ketiga-tiga pandangan tersebut berkenaan Huruf Asaliyyah kerana ada bahagian
Hujung Lidah yang terletak di Hujung Gigi bawah, ada bahagian Hujung Lidah yang
menyentuh Papan Gigi Bawah dan ada bahagian Hujung Lidah yang menyentuh Umbi
atau Pangkal Gigi Bawah.
4.
Susunan Makhraj
·
Ada ‘Ulama yang menyusun Huruf-Huruf
ل , ن dan ر
selepas Huruf-Huruf Hujung Lidah yang lain. Ada pula yang menyusun
Huruf ض selepas Huruf-Huruf Hujung
Lidah, dan sebagainya.
Bagi bahagian ini saya memilih untuk menyusun
mengikut kedudukan lidah dari pangkal ke hujungnya, dan bagi Huruf-Huruf Hujung
Lidah, saya memilih untuk menyusunnya mengikut turutan tempat ianya menyentuh
bahagian Mulut bermula dari Langit-Langit ke hadapan sehingga ke Gigi Bawah.
5.
Susunan Huruf yang sama Makhraj
·
Antaranya ada yang menyusun ط , ت , د , ada yang mendahulukan
Huruf د dari Huruf ت
. Ada yang menyusun ش , ج , ي ada pula
berpandangan Huruf ي sepatutnya sebelum
Huruf ج dan sebagainya.
Saya tidak mempunyai apa-apa masalah
untuk mengikuti mana-mana pandangan dalam bahagian ini kecuali bagi Makhraj
Huruf-Huruf ج , ي , ش yang saya akan terangkan di bahagiannya
nanti.
Oleh itu dari segi bilangannya saya berpendapat terdapat empat Makhraj
Kulli iaitu Tali Suara, Halqum, Lidah dan Bibir; dan empat belas Makhraj Juz'i
: satu di Tali Suara, tiga di Halqum, lapan di Lidah dan dua di Bibir. Saya
tidak memasukkan Makhraj-Makhraj Muqaddar ke dalam bilangan ini kerana Khaysyum (Rongga Hidung) adalah tempat lalu
Suara Ghunnah (Dengung) dan Ghunnah adalah Sifat Huruf, bukannya Huruf manakala
Jawf (Rongga Mulut) adalah tempat
lalu Mad dan Mad bukannya Huruf tetapi sebagai Fungsi untuk memanjangkan Baris.
Di sana terdapat juga kajian-kajian saintifik yang menggunakan Pancaran Sinar-X untuk melihat pergerakan anggota yang terlibat semasa menyebut Huruf. Ketepatan kaedah ini sangat bergantung kepada Pembaca yang digunakan untuk menjalankan ujikaji tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)